Program Terkini

There are no upcoming events.

Newsletter Total Success

We have 3 guests online

Program untuk Lepasan UPSR

Print PDF
Pada 3-5 Ogos 2007, berakhirlah sudah UPSR untuk adik-adik Tahun 6. Anda boleh menarik nafas lega buat beberapa masa tetapi perjalanan anda masih jauh. Apakah yang akan anda isikan masa terluang yang ada selepas UPSR? Bagaimana dengan para guru yang ingin melihat si anak ini terus cemerlang ? TSR membawakan satu modul program menarik yang dinamakan 'Madrasat-ul-Hayaah UPSR' (MH UPSR). Ia amat menarik!

Apa itu MH UPSR?

Ia adalah program selama sebulan untuk pelajar-pelajar yang berminat di kalangan lepasan UPSR.

Lamanya sebulan... 

Anda sekolah 6 tahun. Cuba bandingkan sebulan. Lama? Tentu tidak, kan?

Apa yang menarik berkaitan MH UPSR ini?

Anda pergi sekolah seperti biasa. Tetapi berbanding dalam kelas sahaja, anda akan disajikan dengan aktiviti menarik dan bermanfaat untuk persediaan anda ke alam sekolah menengah yang pastinya lebih mencabar. 

Program ini akan dilaksanakan di mana? 

Setakat ini, permintaan pertama ialah di Dungun Terengganu. Untuk para guru, begini konsep dan modus operandi kami:

  1. Kami ada beberapa pasukan di TSR.
  2. Sebagai contoh, pasukan pertama (P1) akan ke Dungun. P1 akan menawarkan program MH UPSR ini kepada beberapa buah sekolah sekitar Dungun.
  3. Pada hari pertama (H1), P1 akan ke sekolah pertama (S1). Aktiviti akan dilaksanakan. Tugasan akan diberikan kepada S1.
  4. Kemudian P1 akan ke S2. Peserta S1 akan membuat aktiviti dan tugasan di bawah pantauan guru di sekolah. Peserta akan dilengkapkan dengan edaran dan rujukan ketika P1 ke S2.
  5. Perkara (4) akan diulang dengan P1 ke S3, S4 dan S5 pada hari yang berlainan.
  6. Selepas beberapa sela masa, kami akan mengumpulkan semua peserta untuk berkumpul untuk menjalani program bersama 'Jambori MH UPSR'.
  7. Hal ini akan berlangsung sehingga tamat program.
Apa kelebihan dengan modul MH UPSR ini?
  1. Isi program yang menyeluruh meliputi aspek fizikal, intelek, emosi dan rohani (PIES) - teori dan praktikal kepada pelajar
  2. Ia dirangka oleh jurulatih berpengalaman dalam dunia motivasi dan pembangunan sahsiah.
  3. Modul yang dirancang menggunakan pendekatan menyeluruh dan sistemik.
  4. Tenaga pengendali berpengalaman untuk membina sahsiah dan minat di kalangan pelajar berasaskan kaedah contextual teaching & learning.
  5. Guru tidak perlu banyak terlibat tetapi pelajar sendiri yang mengusahakan pembangunan diri dengan pantauan minimum (student centred learning)
  6.  Tenaga pengendali utama program ini, Encik Fazrul Ismail, berpengalaman dalam pengendalian MH untuk lepasan SPM dan IPT.

Apakah topik dan isi program?

Ada beberapa topik dan penekanan untuk pelajar lepas UPSR:

  1. Riadah dan kesihatan (aspek fizikal)
  2. Kepimpinan (aspek emosi)
  3. Sirah Rasul (aspek intelek, emosi dan rohani)
  4. Kemahiran teknikal seperti komputer (aspek fizikal dan intelek)
  5. Aspek tauhid berasaskan Asmaullahul Husna (aspek emosi dan rohani)
  6. Solat dan syahadah (aspek rohani)
  7. Hafazan dan tahsin al Quran (aspek rohani)
  8. Penghasilan projek (aspek PIES)

Apakah yang diharapkan daripada program ini?

Dengan penekanan aspek rohani ini, pelajar akan beroleh kekuatan dalaman  untuk menyediakan diri mereka ke alam sekolah menengah yang amat banyak cabaran terutama dari segi gejala sosial yang makin meruncing. Peserta diharapkan mempunyai jatidiri dan kepimpinan yang mantap  selepas mengikuti program ini serta dapat dibantu oleh penjaga di rumah.

Berminat? 

Jika berminat, sila hubungi TSR di talian 03-8925 0313 atau Encik Fazrul Ismail di talian 012-926 2915. 

Kemaskini Terakhir:  13/08/2013 - 10:20